Iklan Peluang Kerja : Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (Kontrak)
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:
Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
GRED F41 (10 KEKOSONGAN)
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Taraf Jawatan : KONTRAK
Syarat Lantikan:
- Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon-calon lantikan hendaklah:
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Kontrak yang ditawarkan adalah untuk tempoh SATU (1) tahun.
CARA MEMOHON:
Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang disahkan kepada:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam Dan Khidmat Pengurusan
Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 W. P. PUTRAJAYA.
(u.p: Encik Aizwan bin Anuar)
Sebelum atau pada : 14 April 2011 (Khamis)


