AbangYasir Dot Com

SCREEN

Profile

Layout

Direction

Menu Style

Cpanel

Siapa AbangYasir?

User Rating:  / 0
PoorBest 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hi, apa khabar, saya Yasir Arafat berasal dari Johor dan pada 2011 saya berumur 34 tahun.

Telah berkahwin dengan seorang Wanita, Isteri & Ibu yang sangat istimewa bernama Farhah Bt. Abd. Rahman dan kami telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Safiah Yusra.

Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang menggemari Komputer, Internet, Keusahawanan dan secara khususnya saya sangat minat menjalankan aktiviti kajian, pembangunan dan penggunaan perisian atau aplikasi Sumber Terbuka(Open Source) sehingga membangunkan Portal Komuniti khusus untuk pengguna perisian Sumber Terbuka iaitu www.sumberterbuka.com

Halaman Web yang anda sedang lihat ini juga dibangunkan menggunakan perisian sumber terbuka yang dikenali sebagai Joomla! CMS versi 1.6.

 

Selain daripada menambah kenalan baru, saya juga berharap dengan adanya Laman Web Peribadi saya ini, saya dapat berjumpa dan mengumpul rakan-rakan & kenalan lama saya di kampung, di sekolah rendah & menengah serta di Akademi Infotech MARA(kini UniKL).

Berikut dibawah adalah serba ringkas mengenai saya:

Nama Penuh: Yasir Arafat bin Sepaat.

Asal: Johor

Kampung:

  1. Parit Raja, Batu Pahat, Johor(Belah Ayah)
  2. Singapura(Belah Mak)
  3. Pontian Johor(Belah Mertua)
  4. Bukit Rambai(Rumah Ayah sekarang)

Kelulusan & Pendidikan:

  • Diploma in Information Technology(NCC - UK) - 1999
  • Diploma Teknologi Maklumat Akademi Infotech MARA - 1999
  • Sijil Teknologi Maklumat Akademi Infotech MARA - 1997
  • Sekolah Menengah Tun Haji Abdul Malik, Cheng Melaka - 1994-1995
  • Institut Ikmal(Sekolah Swasta), Melaka - 1993-1994
  • Sekolah Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat, Johor - 1991
  • Sekolah Rendah Pulai, Johor - 1990
  • Sekolah Rendah Taman Sri Sekudai, Johor - 1985-1990

Pengalaman Kerja:

  • 2006 - Sekarang - Usahawan Terbilang Enterprise. Selangor (www.usahawanterbilang.com) - Pemilik Syarikat
    - Menyediakan Perkhidmatan Web & Email Hosting serta Pendaftaran Nama Domain.
    - Menyediakan Perkhidmatan pembangunan sistem/aplikasi web menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP & MySQL.
    - Memasang, mengaturcara, penetapan sistem billing, pelayan(server) Linux untuk perkhidmatan web hosting.
    - Perkhidmatan Pembangunan Laman Web, Portal & Sistem/Aplikasi PHP & MySQL
    - Menjalankan Kursus-kursus seperti Pembangunan Laman Web Dinamik berasaskan CMS Joomla! 1.5, Laman Web e-Dagang & Aplikasi Sumber Terbuka.
    - Menjalankan aktiviti penyelidikan & pembangunan(R&D) Produk WebSegera - www.websegera.com
  • 2002 - 2006 - Open Source Business Solutions (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur - Ketua Pegawai Teknikal
    - Menyediakan Perkhidmatan pembangunan sistem/aplikasi web menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP & MySQL.
    - Memasang, mengaturcara, penetapan sistem billing, pelayan(server) Linux untuk perkhidmatan web hosting.
    - Memasang, mengaturcara, penetapan pelayan(server) Linux sebagai firewall, file server, mail server, backup server untuk syarikat-syarikat agensi kerajaan, korporat & swasta, syarikat kecil & sederhana.
    - Menyediakan perkhidmatan pemasangan dan penetapan rangkaian(networking)
  • 2001 - E-One Star Sdn. Bhd. Selangor
  • 1999 - 2000 - Ehsan Ria Sdn. Bhd. Johor (Syarikat Komputer Jenama Pintar)

Kepakaran Khusus:

  • Latihan, Kursus & Bengkel ICT
  • Pemasaran & Perniagaan Internet(Email Marketing, Facebook Ads, Google Adwords dll)
  • Pembangunan Laman Web Dinamik(CMS, Portals, Shopping Cart, LMS, DMS, CRM, HRM, ERP dll)
  • SEO & SEF
  • Pembangunan Laman Web Statik(HTML, DHTML, Javascripts)
  • Pengaturcaraan PHP & MySQL
  • Memasang, penetapan & menjalankan Pelayan(Server) Linux sebagai web server(Apache), Database(MySQL), Firewall, Gateway, DNS, DHCP, Mail, Network, Content Filter, IDS, IPS, Antispyware, PPTP, IPsec, OpenVPN, Bandwidth Management, Proxy dan lain-lain.
  • Memasang, penetapan & menjalankan Pelayan(Server) Linux sebagai Mail Server, Sendmail, SMTP, IMAP, POP3, AntiSPAM & Zimbra Collaboration Suite.

Log Masuk

Dalam Talian

We have one guest and no members online

Statistik Kunjungan

Hari Ini1
Semalam10
Minggu Ini40
Bulan Ini258
Keseluruhan7041

Powered by Kubik-Rubik.de
You are here: Home Siapa Saya?