URL Cloaking
Daripada URL diatas, kita dapat ada tambahan URL dibelakang iaitu ?ref=idpengguna. Dengan adanya kod seperti ini, maksudnya seseorang sedang mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan dan akan menerima komisyen jika ada seseorang membeli produk atau perkhidmatan melalui halaman web berkenaan.
Sistem seperti ini sangat bagus bagi membantu sesebuah syarikat mendapat agen-agen diinternet yang bantu mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat. Dan bagi agen-agen pula, peluang seperti ini bagus untuk mereka menambah pendapatan melalui internet jika terdapat program-program affiliate seperti ini.
Tetapi masalahnya, ada risiko dimana ada pengguna yang mengetahui bahawa URL seperti diatas tadi adalah URL Affiliate, dan ada juga yang dengki untuk tidak membeli melalui URL berkenaan, lalu mengunjungi halaman web syarikat tadi tanpa kod referral dibelakangnya contohnya mereka mengunjungi URL rasmi syarikat iaitu http://www.namasyarikat.com tanpa ?ref=idpengguna di belakangnya
Dengan ini, agen yang bersusah payah mempromosikan tadi, tidak dapat komisyennya kerana Sistem Affiliate syarikat tadi tidak dapat TRACK siapa yang mempromosikan halaman web tersebut.
Maka, URL Cloaking lah Jawapannya!
Ada pelbagai cara untuk menggunakan URL Cloaking ini. Untuk Tip & Trik hari ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat URL Cloaking menggunakan kaedah "FRAMESET"
Berikut adalah contoh Kod FrameSet yang boleh anda gunakan utk CLOAK URL/Link Affiliate anda:
<!-- Kod Mula -->
<?php
error_reporting(0);
$html='<FRAMESET COLS="100%">
<FRAMESET ROWS="100%">
<FRAME SRC="http://www.rahsiafacebook.com/pembelian-dvd/?ref=promosi" SCROLLING="yes">
</FRAMESET>
<NOFRAMES>
<BODY>
<CENTER>Sila <A HREF="http://www.rahsiafacebook.com/pembelian-dvd/?ref=promosi">klik sini</A> untuk mengunjungi halaman ini.</CENTER>
</BODY>
</NOFRAMES>
';
echo $html;
?>
<!-- Kod Tamat -->
Copy & Paste code diatas kedalam fail dan simpan sebagai nama fail yang ingin anda gunakan contohnya beli.php
Tukarkan URL: http://www.rahsiafacebook.com/pembelian-dvd/?ref=promosi kepada URL Affiliate Link anda
Simpan fail berkenaan kedalam akaun hosting anda, contohnya www.namadomain.com/beli.php atau http://rahsiafb.abangyasir.com/beli.php jika ingin menyimpannya didalam subdomain anda. Dan promosikan URL berkenaan untuk mendapatkan komisyen jualan anda!
Anda mendapat 2 kelebihan disini.
- Promosikan Program Affiliate dengan selamat.
- Secara tak langsung, anda sedang promosikan Halaman Web(Branding dot com) anda sendiri.
Selamat Mencuba!



AbangYasir atau nama sebenar Yasir Arafat bin Sepaat berasal dari Johor merupakan salah seorang Pakar CMS Joomla dan pengguna perisian Sumber Terbuka(Open Soruce) Tegar dari Malaysia. Beliau juga sering memberi latihan dan bengkel perisian Sumber Terbuka kepada pengguna-pengguna lain.